Wednesday, January 20, 2010

KONGSI TENTANG WEB 2.0

pengenalan tentang web 2.0

sebelum kita mengetahui dengan lebih mendalam tentang web 2.0, cuba kita lihat internet pada zaman 5 hingga 10 tahun yang lalu. internet pada zaman dahulu berbeza dengan internet pada zaman sekarang dimana penggunaannya tidak secara meluas. web 2.0 sering kedengaran di internet pada masa kini.

ciri-ciri web 2.0 dan perbezaannya dengan web1.0

1- mempunya aplikasi web yang mengandungi ciri-ciri dan berfungsi seperti aplikasi pada komputer desktop. Boleh dijalankan terus melalui web browser dan tidak memerlukan install software pada pc. contohnya seperti aplikasi javascript dan sebagainya. sekiranya membuka apa-apa website seperti you tube dan sebagainya, kita dapat melihat aplikasi itu berfungsi.

2-user-generated content (interactivity) membolehkan pengunjung memberi pandangan, komen menulis artikel, dan sebagainya yang ada pada blog, facebook, friendster dan sebagainya. jika dalam web 1.0 pengunjung hanya dapat menjadi subscriber dan contributor. juga termasuk platform foto- sharing seperti you tube.

3-membolehkan pengunjung berkait rapat antara satu sama dengan yang lain. platform yang dapat digunakan seperti MyBloglog, untuk blog ataupun untuk add as friends seperti facebook, friendster dan sebagainya. berbeza dengan link yang biasa, perkaitan antara interactive membolehkan perkaitan antara satu sama dengan yang lain seperti mengisi maklumat peribadi.

4-penggunaan RSS feed dan RSS reader pada website ataupun blog boleh memberikan instant maklumat kepada pengunjung apabila sesebuah website di update. pengunjung tidak perlu lagi menaip URL dan memeriksa sesebuah website setip hari walaupun penulis artikel itu menulis artikel yang baru.

5-penggunaan skrip open source (os), sama secara keseluruhannya ataupun secara separa.

6-penggunaan Folksonomy seperti tanging, tag, clouds dan sebagainya untuk memberi ketagori kepada webpage, photo dan liks.

7- user friendly interface. Tidak semestinya seperti web 1.0 yang selalunya user friendly , web 2.0 sites memudahkan sesiapa sahaja menggunakan kerana merangkumi ciri-ciri WYSIWYG( WHAT YUO SEE IS WHAT YOU GET), tengoklah facebook- nak bina facebook site begitu mudah untuk beginner.

KEGUNAAN WEB 2.0 DALAM PEMBANGUNAN BLOG

1- bLog adalah aplikasi web yang memudahkan seseorang untuk mempublish berita, idea, cerita,pendapat, dan tulisan-tulisan di internet agar dapat dibaca kembali oleh orang lain ataupun untuk peribadi. dengan adanya blog seseorang boleh meluahkan fikirannya ke dalam web aplikasi iaitu blog dan dapat diakses dimana saja malalui internet kerana blog merupakan website diakses dengan bentuk khusus untuk memudahkan menulis konten.

berikut adalah contoh kegunaan web 2.0 dalam pembangunan blog.

> menggunakan blog untuk menulis perkembangan sesuatu perkara.
1-berita, majlis ataupun review produk terbaru.
2-program menggunakan blog untuk menulis teknik.
3-mencurahkan idea, karya, cerita mahupun sesuatu tulisan.


sekian...diharap kita sama-sama dapat berkongsi pengetahuan tentang web 2.0.

No comments:

Post a Comment