Wednesday, January 20, 2010

KONGSI TENTANG WEB 2.0

pengenalan tentang web 2.0

sebelum kita mengetahui dengan lebih mendalam tentang web 2.0, cuba kita lihat internet pada zaman 5 hingga 10 tahun yang lalu. internet pada zaman dahulu berbeza dengan internet pada zaman sekarang dimana penggunaannya tidak secara meluas. web 2.0 sering kedengaran di internet pada masa kini.

ciri-ciri web 2.0 dan perbezaannya dengan web1.0

1- mempunya aplikasi web yang mengandungi ciri-ciri dan berfungsi seperti aplikasi pada komputer desktop. Boleh dijalankan terus melalui web browser dan tidak memerlukan install software pada pc. contohnya seperti aplikasi javascript dan sebagainya. sekiranya membuka apa-apa website seperti you tube dan sebagainya, kita dapat melihat aplikasi itu berfungsi.

2-user-generated content (interactivity) membolehkan pengunjung memberi pandangan, komen menulis artikel, dan sebagainya yang ada pada blog, facebook, friendster dan sebagainya. jika dalam web 1.0 pengunjung hanya dapat menjadi subscriber dan contributor. juga termasuk platform foto- sharing seperti you tube.

3-membolehkan pengunjung berkait rapat antara satu sama dengan yang lain. platform yang dapat digunakan seperti MyBloglog, untuk blog ataupun untuk add as friends seperti facebook, friendster dan sebagainya. berbeza dengan link yang biasa, perkaitan antara interactive membolehkan perkaitan antara satu sama dengan yang lain seperti mengisi maklumat peribadi.

4-penggunaan RSS feed dan RSS reader pada website ataupun blog boleh memberikan instant maklumat kepada pengunjung apabila sesebuah website di update. pengunjung tidak perlu lagi menaip URL dan memeriksa sesebuah website setip hari walaupun penulis artikel itu menulis artikel yang baru.

5-penggunaan skrip open source (os), sama secara keseluruhannya ataupun secara separa.

6-penggunaan Folksonomy seperti tanging, tag, clouds dan sebagainya untuk memberi ketagori kepada webpage, photo dan liks.

7- user friendly interface. Tidak semestinya seperti web 1.0 yang selalunya user friendly , web 2.0 sites memudahkan sesiapa sahaja menggunakan kerana merangkumi ciri-ciri WYSIWYG( WHAT YUO SEE IS WHAT YOU GET), tengoklah facebook- nak bina facebook site begitu mudah untuk beginner.

KEGUNAAN WEB 2.0 DALAM PEMBANGUNAN BLOG

1- bLog adalah aplikasi web yang memudahkan seseorang untuk mempublish berita, idea, cerita,pendapat, dan tulisan-tulisan di internet agar dapat dibaca kembali oleh orang lain ataupun untuk peribadi. dengan adanya blog seseorang boleh meluahkan fikirannya ke dalam web aplikasi iaitu blog dan dapat diakses dimana saja malalui internet kerana blog merupakan website diakses dengan bentuk khusus untuk memudahkan menulis konten.

berikut adalah contoh kegunaan web 2.0 dalam pembangunan blog.

> menggunakan blog untuk menulis perkembangan sesuatu perkara.
1-berita, majlis ataupun review produk terbaru.
2-program menggunakan blog untuk menulis teknik.
3-mencurahkan idea, karya, cerita mahupun sesuatu tulisan.


sekian...diharap kita sama-sama dapat berkongsi pengetahuan tentang web 2.0.

salam..muhibbah

alhamdulililah...bertemu kita lagi dalam ruangan ini, hari ini 20 januari 2010 satu angka yang kita tidak sedar telah kita lalui dengan pelbagai pengalaman..di kesempatan ini ingin saya menghulurkan seribu salam perkenalan kepada bloger terutamanya sekali kelas MTS 1022..
SALAM CERIA...

Wednesday, January 13, 2010

mts 1022 pengurusan blog dan laman web

kursus ni membuatkan saya lebih bersikap kraetif dalam mengenal teknologi masa kini...salam muhibbah dan salam perkenalan untuk semua blogger....
Rintihan Seorang Perantau.... Disini aku masih mencari..
mencari satu kota impian..
Kota cahaya seindah mentari
diufuk timur atau dibarat...

kakiku melangkah lesu
mengerah segala kudrat yang ada
menuju kota impianku
kota impian semua makhluk

dugaan cabaran dan harapan
itulah yang biasa menjadi alasan
cemerlang gemilang terbilang
itulah yg sentiasa dipanjatkan

Pada tuhan aku pohonkan
segala kekuatan yang kupunyai
segala kudrat yang telah diberikan
agar aku ditunjukkan kejalan yang satu
jalan benar dan lurus.......